Semalam awak datang ke dalam hidup saya. Saya cuba berikan cinta semampu
yang saya tahu. Awak ajar saya, apa tu kasih sayang, awak ingatkan saya
apa itu rindu. Tapi tiba-tiba awak hilangkan diri. Tanpa beritahu apa
salah saya yang sebenarnya..
Hari ini, saya cuba jadi kuat.
Cuba menjadi tekad seperti mana diri saya sebelum awak muncul dalam
hidup saya. Andai kata, di luh mahfuz mmg sudah tertulis nama awak sebagai takdir hidup saya, saya terima dengan hati terbuka. Sebab saya masih sayangkan awak.
Tapi jika ada yang lain tertulis "dia" adalah jodoh saya yang
sebenarnya, saya minta 1 sahaja. Doakan saya mampu lupakan awak. Sebab
saya mahu mencintai pasangan dunia dan akhirat saya setulus hati. Kerana
dialah " pelengkap buat kaki saya melangkah ke syurga "